Haram
sambut!
TAHUKAH ANDA APA
SEBENARNYA HARI KEKASIH ITU ? PASANGAN-PASANGAN KEKASIH MERPATI DUA
SEJOLI AKAN MENYAMBUT HARI KEKASIH PADA SETIAP 14 FEBRUARI …NAMUN
TAHUKAH ANDA WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI SEISLAM SEKALIAN SEJARAH DI SEBALIK
PERAYAAN TERSEBUT???? RENUNGILAH SEJARAHNYA……SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT
KEINSAFAN…AMIN..
Ia diraikan sempena
memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan
agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah
Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan
agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah
seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam
penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan.
Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh
pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino
kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap
syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan
Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan,
ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang
pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum
itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama
Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh,
tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut
dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu,
orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan
hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi
kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh
kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada
ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka
dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan
Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269
Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena
kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang
memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu,
Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh
kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana
mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita
meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan
agama Islam itu.
*kepada semua
kekasih-kekasih yang berada di muka bumi ini, jauhilah dari menyambut HARI
KEKASIH PADA SETIAP 14 FEBRUARI. JIKA ANDA SAYANGKAN ISLAM !!! KATAKAN T I D A
A A K…..! PADA CARA HIDUP SELAIN ISLAM, SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“Dan
janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta
pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Hadis Rasulullah s.a.w:
“
Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk
kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam
Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :
“Barangsiapa
yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima
(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
Oleh itu suadara/riku seaqidah, mari bersama
kita menjadi penyelamatkan aqidah umat Islam hari ini khususnya kepada
remaja-remaja yang yang telah terjebak dengan perayaan yang jelas menghina dan
mempersendakan agama Islam.
No comments:
Post a Comment