Saturday, January 28, 2012

Keracunan Ikan Buntal

1. Bagaimana boleh terjadi keracunan ikan buntal?

Keracunan ikan buntal boleh terjadi apabila seseorang itu memakan ikan buntal atau hasilnya (seperti filet atau telor) yang telah dicemari racun. Terdapat segelintir masyarakat yang meminati ikan buntal atau hasilnya. Mereka lazimnya membeli ikan tersebut di pasaran atau memakan hidangan di restoran.

2. Adakah keracunan ikan buntal ini merbahaya?

Ikan buntal mengandungi racun yang menyerang saraf (neurotoxin) yang dipanggil tetrodotoxin. Maklumat saintifik menyatakan ikan buntal adalah haiwan kedua paling beracun selepas Golden Poison Frog dan 1.200 kali lebih keupayaan membunuh berbanding cyanida. Oleh kerana racun ini adalah sejenis neurotoxin, ia boleh menyebabkan kelumpuhan otot-otot penting seperti otot yang terlibat dalam proses pernafasan. Dan sekiranya ini berlaku, ianya boleh membawa maut


 3. Bagaimana ikan buntal boleh dicemari racun?


Memang tidak dinafikan ada orang yang memakan ikan buntal, tetapi tidak mengalami sebarang masalah. Di Jepun, masyarakatnya mempunyai hidangan istimewa ‘fugu’ dari sejenis ikan buntal. Di Korea pula, hidangan istimewa ikan buntal dinamakan ‘bok-uh’Di dalam ikan buntal, racun tetrodotoxin terdapat di kulit, telor(ovaries), hempedu, hati, usus dan kulit. Racun tetrodotoxin ini boleh mencemari isi ikan buntal sekiranya semasa proses menyiang ikan ini, bahagian-bahagian ikan yang mengandungi racun tersebut telah terluka/terpotong, ini menyebabkan racun tersebut terkena isi ikan.Oleh itu, penjual ikan buntal selalunya telah menyiang ikan ini terlebih dahulu dengan membuang kulit, kepala dan isi perut ikan. Hanya mereka yang mahir menyiang ikan buntal dengan kaedah yang betul dapat menyelamatkan isi ikan buntal dari dicemari racun tetrodotoxin ini. Di Negara Jepun misalnya, hanya mereka yang diberi tauliah sahaja dibenarkan menyiang ikan buntal ini. Proses memasak tidak memusnahkan racun ini kerana ianya tahan haba.



4. Apa tanda-tanda keracunan ikan buntal?


Gejala keracunan ikan buntal/hasilnya adalah berpunca dari gangguan toxin terhadap fungsi tubuh manusia. Seseorang yang memakan ikan buntal/hasilnya yang mengandungi racun akan mula mendapat gejala seawal 10 – 45 minit. Mereka akan mendapat kebas mulut dan lidah, mabuk (melayang-layang), pening, loya, muntah, lemah dan seterusnya kelumpuhan anggota, kesukaran bernafas dan boleh pengsan . Keterukan gejala yang dihadapi bergantung kepada jumlah racun yang telah dimakan dan mangsa boleh maut jika tidak dibantu.



5. Bagaimana keracunan ikan buntal dirawat?

Mereka yang mengalami keracunan ikan buntal dinasihatkan mendapatkan rawatan dari doktor dengan segera. Racun tetrodotoxin ini tiada penawarnya, namun bantuan awal terhadap masalah yang dihadapi dapat segera memulihkan mangsa.Rawatan yang tidak khusus seperti tambahan air badan, menggeluarkan sisa makanan yang terdapat didalam perut serta bantuan pernafasan jika terdapat gangguan pernafasan dapat menyelamatkan mangsa.Lazimnya mangsa akan pulih sepenuhnya apabila semua gejala berakhir.



6 Dimana boleh didapati ikan buntal?

Terdapat bebagai jenis ikan buntal diperairan tepi pantai terutamanya dikawasan tropika. Sebahagian besar ikan ini sangat beracun dan sebahagian lagi dikatakan kurang beracun. Badan ikan buntal berbentuk bulat, tidak bersisik, pergerakannya perlahan didalam air dan akan mengembongkan badannya jika terancam. Ikan buntal yang sering ditangkap oleh nelayan Malaysia dinamakan Buntal Pisang. Nelayan atau ahli keluarga yang berpengalaman sahaja dibenarkan menyiang ikan buntal. Proses menyiang ikan buntal melibatkan proses menyiat kulit ikan yang tebal dan liat, mengeluarkan isi perut dan membuang kepala ikan tersebut. Sekiranya secara tidak sengaja isi perut ikan tersebut terpotong, lazimnya mereka akan membuang seluruh ikan tersebut bagi mengelakkan keracunan.Di Malaysia amnya, di Negeri Johor khasnya, sebahagian masyarakat meminati isi ikan buntal yang dikatakan sangat enak. Oleh kerana ada permintaan terhadap isi ikan buntal, maka penjualannya juga berlaku walau pun tidak berleluasa. Ikan buntal dijual dalam keadaan telah di siang tanpa kepala, kulit dan isi perut atau dalam bentuk fillet .



7 Nasihat kepada orang awam Pencemaran tetrodotoxin tidak dapat dikesan dengan mata kasar kerana tiada perubahan warna, bau dan bentuk terhadap isi ikan yang telah tercemar. Bagi mereka yang meminati fillet ikan buntal, mereka harus berhati-hati semasa menyiang ikan. Serahkan tugas tersebut kepada mereka yang mahir sahaja.Sekiranya mereka terpaksa membeli ikan dipasaran, dapatkan bekalan dari mereka yang dipercayai. Kejujuran mereka yang menyiang ikan buntal ini sangat-sangat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.Sekiranya tanpa disedari seseorang itu telah dihidangkan hidangan ikan buntal, dan mengalami gejala keracunan seperti yang telah dinyatakan, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Pihak klinik/hospital perlu melaporkan kejadian keracunan ini kepada mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah.



 - Rahsia Zikir -  
Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.
FirmanNya.......
"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
Al-A'laa 14-15
Bila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dikatakan keberuntungan itu? Cuma satu menjadi masalah bila mengetahui keberuntungan itu, kadang-kadang manusia dengan tiba-tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. Apakah janji itu hanya sebagai pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati Allah?
Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).
Firman Allah Ta'ala.......
"Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya."
Al-A'raaf 29
Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah. Seperti yang telah diterangkan dalam bab-bab terdahulu, keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan.
Antara firmanNya.......
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
dan lagi.......
"Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu."
Al-Baqarah 152
Bagaimanapun dalam bab ini kita tidak bercadang untuk menceritakan perihal keberuntungan itu lagi, tetapi dikhususkan untuk mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat dari zikir, di mana rahsia ini semua menjadi idaman dan impian semua manusia.
Kita sudah tahu apakah kesan-kesan yang diperolehi oleh syariat jika kita mengingati Allah (berzikir)? Sekurang-kurangnya ada lapan keistimewaan yang diperolehi oleh ahli zikir. Perkara ini kita sudah bincangkan dalam bab "Keistimewaan Orang Berzikir".
Di sini akan diterangkan mengenai "hakikat" rahsia ataupun rahsia peribadi yang diperolehi oleh seseorang yang berzikir itu. Lebih tepat lagi rahsia-rahsia kerohanian dan juga pembukaan "Sungai Ladunni" oleh seseorang yang telah sampai pada makam zikir yang sebenarnya.
Dalam bab yang lalu kita telah sama-sama mengetahui serta mempelajari bagaimana zikir itu berperanan menyucikan diri seseorang itu. Dengan pengalaman itu dapat kita mengerti bahawa natijah sesuatu zikir itu bukan setakat untuk mengawal syariat manusia itu agar betul dan bergerak di atas paksi Tauhid kepada Allah semata-mata. Tetapi ia juga bertujuan untuk mempastikan kita agar sentiasa mengingati dan berikhtiar untuk melekatkan diri kita dengan sifat-sifat yang ada kepada Allah.
Tetapi peranan zikir lebih jauh daripada itu. Ia juga merupakan penawar untuk mengubat batin, membersih batin, menyuci batin, menggemuk batin dan paling penting membuka "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung/bergayut di hujung jantung, yang dinamakan "Istana Iblis" itu. Itu yang lebih penting. Kuasa yang ada kepada zikir ia boleh menerangi seluruh hati kita dengan Cahaya Allah (Nurrullah). Ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan "Piala" zikir.
Apabila seluruh batin kita sudah diselimuti oleh zikirilah, maka seluruh batin kita akan cerah dan dapat berfungsi dengan baik seperti malam hari diterangi oleh bulan purnama. Orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (Basirun), telinga batin (Sami'un) dan sebagainya lagi.
Apabila hati sudah disuluhi dan diterangi oleh cahaya Allah, maka batinnya akan berfungsi dan di kala inilah diri kita dapat mema'rifatkan kepada Allah. Proses pemancaran (wujud) cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa keatas bulan dan memancarkan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut dan romantik ke bumi.
Apabila sampai ke tahap atau makam ini maka seseorang ahli zikir itu dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh anggota zahir. Misalnya apa yang tidak dapat diketahui oleh mata, dapat ditangkap oleh mata batinnya. Sesuatu yang tidak dapat didengar oleh telinga zahir tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya.
Keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak-geri alam, haiwan, serangga dan juga deseran dedaun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadang-kala bercakap-cakap sendiri (padahal dia bercakap dengan isi alam)!
Matanya dapat melihat pada waktu malam atau di kala alam gelap-gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun dia berada di alam tidur. Dia juga dapat maklumat tepat mengenai apa- apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari, seperti tarikh kematian dirinya. Pendeknya segala rahsia Allah yang tidak dapat disingkap oleh anggota batin dapat diketahui oleh diri batin.
Keistimewaan ahli zikir yang sampai ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, dia juga dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan-penderitaan zahir yang lain. Tubuh mereka menjadi "kebal" daripada rasa sakit dan pedih. Zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. Kerana itulah kita selalu mendengar para Wali Allah itu adakalanya tidak makan bertahun-tahun dan tidak sakit bertahun-tahun. Sesetengahnya pula sangat merindui kepada kesakitan dan mahu kepada kematian.
Seseorang Wali Allah yang telah sampai ke peringkat zikir yang memecahkan rahsia itu boleh hidup untuk beribu tahun tanpa makan dan minum. Kisah ataupun hakikat ini bukan dongengan atau merupakan satu "kempen" untuk mendorong kita memiliki ilmu zikir ini, tetapi merupakan satu kenyataan yang disurat-lipatkan dalam Al-Quran.
Mungkin anda pernah mendengar kisah "Pemuda Ashabul Khafi" di dalam Al-Quran, di mana tujuh orang pemuda yang semuanya anak raja tidur selama 309 tahun kerana beramal kepada Allah. Mereka adalah Wali Allah, yang merupakan ahli zikir kelas satu (first-class).
Kalau diukurkan kepada logik, mustahil seorang manusia itu dapat tidur selama beratus tahun tanpa makan dan minum, tentu mereka akan mati. Menurut pendapat pakar perubatan moden (medical specialist), manusia hanya dapat bertahan selama lapan hari sahaja tanpa makan dan minum, selepas itu dia akan mati kebuluran.
Tetapi tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi" itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.
Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita, bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir itu boleh mengenyangkan kita. Ia boleh melapangkan dada kita. Caranya bila kita asyik dan "zauq" (Mabuk Ketuhanan), kita hanya akan ingatkan Tuhan sahaja, tanpa yang lain, termasuk melupai penderitaan zahir seperti lapar, haus, sakit, takut atau bimbang kepada sesama makhluk.
Lagi pun bila kita sudah tidak putus-putus mengingatkanNya maka Dia juga begitu. Jadi bila Dia sudah ingatkan kita tak hairanlah dengan segala perilaku salah adat itu, seperti tak makan, tak mengantuk, tak lapar dan sebagainya adalah perkara "kacang" sahaja.
FirmanNya......
"Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau."
"Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap."
Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai "Zikir Ma'rifat". Nabi Ibrahim a.s. walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. Apa menyebabkan Baginda kebal ialah tak lain dan tak bukan kerana dia berzikir (ingat) kepada Allah.
Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat, jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana dia sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.
Demikianlah hikmah dan juga rahsia zikir terlalu besar sekali ia boleh menjadikan seseorang itu dikatakan karamah dan punya kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang ramai. Terpulanglah kepada kita apakah kita ingin ataupun tidak memiliki segala rahsia itu, tepuk dada tanya selera. Walau bagaimanapun suka diingatkan, dalam hal ini jangan pula kerana mengetahui akan rahsia-rahsia itu maka kita berzikir semata-mata mengharapkan segala kekeramatan itu. Niat begitu sudah salah. Dan yakinlah kalau kita buat dengan memasang niat begitu segala apa yang kita hajati tidak menjadi. Konsep dalam beramal itu tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa-apa ganjaran.
Lagi pun berzikir dengan mengharapkan sesuatu, jelas amalan itu sudah tidak ikhlas lagi. Amal yang tidak ikhlas tahu sendirilah natijahnya, ia seperti berusaha untuk memerangkap angin dalam bekas yang berlubang. Sia-sia sahaja.
Sebaliknya berzikirlah sebagai satu tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk "Kamil-mukamil" denganNya.
"Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya."
Wallah hu ta'ala a'lam.......
Wassalam.


Pengertian solat Jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1.    Fardhu ain pada solat Jumaat;
2.    Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3.    Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.
Wallahu a’lam.



Bertanggungjawab Ke Atas Kejayaan Diri Sendiri…^_^

Saya teringat kata-kata seorang pakar motivasi yang menyarankan agar kita semua jangan jadi macam “bangau oh bangau”. Jika kita ingin memupuk motivasi positif dalam diri kita, hindari diri dari menyanyikan lagu “Bangau Oh Bangau”. Begitulah lebih kurang kalau tak silap.

Saya terfikir, apakah lagu “Bangau oh bangau” tu tak baik untuk motivasi diri, tak baik untuk minda kita, tak baik untuk motivasi anak-anak. Kalau tak baik, mengapa orang dulu-dulu menggubah lagu itu? Atau ada makna atau pesanan yang tersirat dalam liriknya?

Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul…..

Bangau? Bangau menyalahkan ikan di atas kegagalannya – tidak bagus.
Ikan? Pun sama, menyalahkan rumput.

Rumput, kerbau, perut, nasi, kayu api, hujan, dan katak pun serupa juga. Menyalahkan orang lain di atas kegagalan diri.

Adakah diriku sama? Dalam tak sedar menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, keluarga dan sebagainya di atas kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan. Selalu juga, dalam hati, saya menyalahkan staf bila program yang dirancang tidak mencapai hasil seperti yang diharapkan. Saya menyalahkan mereka kerana tidak member komitmen dan sebagainya. Sepatutnya saya perlu buat analisa apa yang menyebabkan hasil tidak dicapai. Apakah perkara yang tidak berjalan dengan lancar, apa yang berjalan dengan lancar. Jika tidak lancar, di mana kekurangan. Jika lancar, di mana kami lakukan dengan baik. Dari situ dapat diperbaiki kelemahan dan ditambahbaik lagi apa yang sudah baik. 

Saya juga tidak mengambil tanggungjawab ke atas “kegagalan” mencapai hasil. Hati berkata, “Kalau staf dah tak nak beri komitmen, nak buat macam mana?” Sekiranya saya mengambil tanggungjawab di atas “kegagalan” tersebut, tindakan susulan saya tentu akan berbeza – lebih bersifat positif jika dibanding dengan menyalah staf di atas “kegagalan”.

Bagi saya lagu “Bangau oh Bangau” tu ada juga baiknya. Jangan ikut kumpulan yang 90%, ikut yang 10% ia-itu ular. Menyalahkan orang lain terhenti pabila sampai giliran ular. Ular berkata, “memang makanan aku”. Ular mengambil tanggungjawab atas apa yang dilakukannya dan bersedia menerima akibatnya – sama ada baik atau buruk.

Mungkin inilah mesej yang ingin disampaikan orang dulu-dulu. Kita mesti mengambil tanggungjawab atas apa-apa hasil dari kerja kita atau pasukan kita, bukan menyalahkan orang atau benda lain.


Valentine Day- Jangan sambut hari kekasih







Haram sambut!
TAHUKAH ANDA APA SEBENARNYA HARI KEKASIH ITU ? PASANGAN-PASANGAN KEKASIH MERPATI DUA SEJOLI AKAN MENYAMBUT HARI KEKASIH PADA SETIAP 14 FEBRUARI …NAMUN TAHUKAH ANDA WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI SEISLAM SEKALIAN SEJARAH DI SEBALIK PERAYAAN TERSEBUT???? RENUNGILAH SEJARAHNYA……SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEINSAFAN…AMIN..
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.
*kepada semua kekasih-kekasih yang berada di muka bumi ini, jauhilah dari menyambut HARI KEKASIH PADA SETIAP 14 FEBRUARI. JIKA ANDA SAYANGKAN ISLAM !!! KATAKAN T I D A A A K…..! PADA CARA HIDUP SELAIN ISLAM, SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Hadis Rasulullah s.a.w:
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
Oleh itu suadara/riku seaqidah, mari bersama kita menjadi penyelamatkan aqidah umat Islam hari ini khususnya kepada remaja-remaja yang yang telah terjebak dengan perayaan yang jelas menghina dan mempersendakan agama Islam.

Sunday, December 25, 2011

MENARIK....

Gadis disangka mati semasa tsunami Aceh pulang lepas 7 tahun JAKARTA: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya. Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas dan dikhuatiri lemas, namun pada Rabu lalu, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh. Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Bandar Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph pada Khamis. Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang. Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu. Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas. Kira-kira 168,000 orang meninggal dunia dalam tsunami Indonesia 2004, yang mengorbankan kira-kira 230,000 nyawa di seluruh dunia. - Bernama